Great Eastern Takaful sasar 8,000 ejen 2012

 

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (Great Eastern Takaful) menyasarkan jumlah ejennya di seluruh negara mencecah sehingga 8,000 orang pada akhir tahun 2012 menerusi pelantikan organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, melalui langkah itu, ejen-ejen tersebut dipilih daripada ahli agensi korporatnya dan diberi latihan menjadi wakil insuransnya.

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. (KATM) telah dilantik sebagai agensi korporat pertama Great Eastern Takaful pada satu majlis yang diadakan di sini hari ini.

“Kerjasama yang dimeterai akan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak. Syarikat kami akan meluaskan pasaran kami manakala bagi KATM, ia menawarkan peluang pekerjaan kepada ahli mereka.

“Ahlinya terdiri daripada pesara dan anggota yang akan bersara,” kata Mohamad Salihuddin Ahmad dalam majlis itu.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif KATM; Jen. Datuk Ahmad Zahudi Salleh.

Tambah Mohamad Salihuddin, pihaknya akan terus menambah agensi korporatnya pada masa hadapan dan menjadi tunjang kepada usaha menambah bilangan ejen syarikat itu.

“Daripada 8,000 ejen yang disasarkan kami itu, lebih kurang 2,000 ejen datangnya melalui kerjasama yang terjalin dengan agensi korporat,” katanya.

sumber: Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s