Produk Takaful Untuk Mereka Yang Dibebani Hutang

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GET) bakal menawarkan produk baharu yang memberi faedah kepada golongan ‘kaki’ hutang, pada tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, produk itu didakwa akan menjadi pencetus arah hala dalam industri takaful di negara ini. Beliau berkata: ”Produk berkenaan adalah satu daripada dua produk yang masih dalam perancangan untuk ditawarkan tahun depan.” ”Salah satu produk itu akan memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai hutang keliling pinggang dan kami akan memudahkan kehidupan mereka,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran produk baharu takaful i Great Amal di sini hari ini. GET memperoleh lesen operasi pada 2 Disember tahun lalu. Buat permulaan, GET menawarkan dua produk asas takaful iaitu i-Great Damai untuk perlindungan nyawa dan i-Great Abadi untuk peluang pelaburan. Kedua-dua pelan itu menawarkan pelaburan minimum sebanyak RM100 sebulan. GET merupakan syarikat yang diwujudkan hasil gabungan kerjasama di antara I-Great Capital Holdings, yang merupakan anak syarikat Great Eastern Holdings Ltd. (Great Eastern) dan Koperasi Angkatan Tentera. Ditanya tentang sasaran perolehan premium untuk kedua-dua produk yang diperkenalkan tahun lalu, Mohamad Salihuddin mengunjurkan sumbangan premium sebanyak RM80 juta hingga RM90 juta dalam tempoh 14 bulan akan datang. Katanya, dalam tempoh sembilan pertama tahun ini, sumbangan premium adalah sebanyak RM12 juta. sumber: Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s